Pages

Sunday, November 28, 2010

upin ipin bukan cartoon...

hai kawn... yo ghabba ghabba.. hahaha.. macam budak2 plak... hari ni aku nak cite kat korang pasal katun.. korang mesti suke tgok katon kan..?? jangan nk tipu la.. masa kecik2 dulu korang suke sangat tgok HI-5.. haha... ni aku nak tunjuk kat korang gambo katon  malaysia yang paling popular.. upin ipin... selalu korang tgok dlm tv tu katun je kan.. haaa.. kali nni aku nak tunjuk yang real punya..








amacam..??? real x..?? haha.. tu la korang.. jangan nk tipu budak2 dengan mascot upin ipin.. tunjuk yang real.. jom komen plak.. :-)

Monday, November 1, 2010

Perdana Menteri sakit..???

hai semua... salam 1 Malaysia.. semalam baru je selesai Pertandingan Futsal Parlimen Bagan Serai.. tahniah kepada Chakfanik FC yg menjadi johan.. YB Khairy Jamaluddin turun padang merasmikan upacara penutup..  tapi bukan psal ni yang aku nak crite tp psal PM kita.. beliau mmg seorang yang bertanggungjawab.. semua majlis beliau hadir sampai menyusahkan diri sendiri..
(petikan BH)

Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar. 

Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada BERNAMA menyatakan Najib mula berasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.
“Setibanya di Subang (Selangor) hari ini (semalam), beliau menunjukkan ada tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik,” katanya.
Katanya, doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

“Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.

WTC angkara Bush..

hai semua.. salam 1 mlaysia.. ni lg satu yg aku nak kongsi dgan korang.. sikap seorang sebelum ni kita selalu dengar pasal WTC yg runtuh akibat hempasan sebuah kapal terbang.. lagi sedih bila diorang kata semua ni angkara orang islam.. tapi semua tu telah terbukti yang kejadian tu bukan angkara umat islam tetapi angkara P.M diorang sendiri GEORGE W.Bush.. BUSH bakal ditemuramah Oprah.. ni yg aku copypaste dari Berita Harian..

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush mendedahkan dalam satu memoir bagaimana beliau memberi arahan menembak jatuh pesawat pada 11 September 2001.
Katanya, beliau pada mulanya menganggap satu daripada pesawat dirampas, iaitu penerbangan 93 United Airlines yang terhempas di Pennsylvania, ditembak mengikut arahannya.
Sebahagian daripada memoir yang bertajuk Decision Points, dibocorkan kepada laman web Drudge Report dan beliau bercadang ditemuramah Oprah Winfrey pada 9 November ini untuk mempromosi memoir ‘amat peribadinya’ itu.

Dalam satu bahagian mengenai penyelidikan sel tunjang, beliau mendedahkan bagaimana dirinya menerima satu surat ‘menyedihkan’ daripada Nancy Reagan, namun pada akhirnya berasa “bertanggungjawab untuk menyuarakan keyakinan prokehidupan dan mengetuai negara ke arah apa yang digelar Pope John Paul II budaya kehidupan.”

Beliau berkata Pope, ketika satu pertemuan pada 2001, memintanya menyokong kehidupan dalam semua bentuk.

Penerbitan itu dikatakan bersifat peribadi dari segi cara tulisannya. Bush berhenti minum alkohol pada usia 40-an dan buku itu dibuka dengan kata-kata: “Ia adalah soalan mudah. Bolehkah anda ingat hari terakhir anda berhenti minum?”
Beliau juga dilaporkan amat sedikit mengkritik dan mengelak daripada menyerang penggantinya, Presiden Barack Obama.

Satu sumber rapat kepada bekas presiden itu memberitahu Drudge Report: “Anda akan mendapati kehidupan kukuh, penuh kecintaan presiden dan pada akhirnya menerima dengan tenang keputusan yang dibuatnya.” – Agensi