Pages

Monday, November 1, 2010

WTC angkara Bush..

hai semua.. salam 1 mlaysia.. ni lg satu yg aku nak kongsi dgan korang.. sikap seorang sebelum ni kita selalu dengar pasal WTC yg runtuh akibat hempasan sebuah kapal terbang.. lagi sedih bila diorang kata semua ni angkara orang islam.. tapi semua tu telah terbukti yang kejadian tu bukan angkara umat islam tetapi angkara P.M diorang sendiri GEORGE W.Bush.. BUSH bakal ditemuramah Oprah.. ni yg aku copypaste dari Berita Harian..

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush mendedahkan dalam satu memoir bagaimana beliau memberi arahan menembak jatuh pesawat pada 11 September 2001.
Katanya, beliau pada mulanya menganggap satu daripada pesawat dirampas, iaitu penerbangan 93 United Airlines yang terhempas di Pennsylvania, ditembak mengikut arahannya.
Sebahagian daripada memoir yang bertajuk Decision Points, dibocorkan kepada laman web Drudge Report dan beliau bercadang ditemuramah Oprah Winfrey pada 9 November ini untuk mempromosi memoir ‘amat peribadinya’ itu.

Dalam satu bahagian mengenai penyelidikan sel tunjang, beliau mendedahkan bagaimana dirinya menerima satu surat ‘menyedihkan’ daripada Nancy Reagan, namun pada akhirnya berasa “bertanggungjawab untuk menyuarakan keyakinan prokehidupan dan mengetuai negara ke arah apa yang digelar Pope John Paul II budaya kehidupan.”

Beliau berkata Pope, ketika satu pertemuan pada 2001, memintanya menyokong kehidupan dalam semua bentuk.

Penerbitan itu dikatakan bersifat peribadi dari segi cara tulisannya. Bush berhenti minum alkohol pada usia 40-an dan buku itu dibuka dengan kata-kata: “Ia adalah soalan mudah. Bolehkah anda ingat hari terakhir anda berhenti minum?”
Beliau juga dilaporkan amat sedikit mengkritik dan mengelak daripada menyerang penggantinya, Presiden Barack Obama.

Satu sumber rapat kepada bekas presiden itu memberitahu Drudge Report: “Anda akan mendapati kehidupan kukuh, penuh kecintaan presiden dan pada akhirnya menerima dengan tenang keputusan yang dibuatnya.” – Agensi

No comments:

Post a Comment