Pages

Friday, October 22, 2010

blogger yang di siasat polis.. awas..!!!

hai sedara sekalian.. hari ni kita jumpa lagi.. kat sini aku nak cakap kat korang smua.. hati2 la bile nak buat post tu.. nanti tak psal-psal plak korang kena siasat dgan polis.. jangan korang nak fitnah-fitnah orang.. tak da guna pon smua tu.. buat tmbah dosa je.. dah jd mcm habit plak fitnah-fitnah orang kat Malaysia ni.. sampai kat blog pon nak fitnah jgak.. mencari padah btol.. so, klau x nak menimpa nasib malang.. korang baca la entry ni.. follow me..

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta polis sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes yang membabitkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

Beliau berkata, laporan siasatan kesemua kes itu juga sudah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut."Jadi kita nak menekankan bahawa kerja-kerja siasatan dan susulan, beres di peringkat polis dan SKMM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Rais berkata, kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan. 

Katanya, beliau turut bersetuju dan menyokong pandangan umum supaya penguatkuasaan undang-undang diperketatkan dan mereka yang bersalah dikenakan hukuman tegas. 

Berhubung desakan perwakilan UMNO yang mahu kerajaan bertegas dengan golongan yang sengaja menyebarkan berita palsu dan menggugat keharmonian di kalangan rakyat menerusi internet, Dr Rais berkata jawatankuasa bersepadu antara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Peguam Negara, dan Kementerian Dalam Negeri bersetuju supaya tindakan tegas diambil dalam perkara itu. 

"Memang alam maya ini bunyinya alam maya, tetapi undang-undang negara mesti dipatuhi," katanya. 
Beliau turut memaklumkan bahawa 140 pejabat penerangan daerah di seluruh negara sedang dinaik taraf dan dilengkapi dengan internet bagi kemudahan pengunjung setempat. 

Katanya, bagi menggalakkan penghayatan gagasan 1Malaysia di kalangan rakyat, syarikat penerbitan drama khususnya televisyen digalakkan untuk menghasilkan drama bermutu bertemakan perpaduan kaum selain mengetengahkan drama dari Sabah dan Sarawak. - BERNAMA 

2 comments:

Amieynna Amin said...

sebelum menulis, kene berfikir kesan dan akibat,,
tak semua benda boleh dtulis..

apiez said...

btol2.. kena hatii.. follow me..

Post a Comment