Pages

Thursday, December 23, 2010

Beli tiket Final AFF SUZUKI 2010 secara online

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Entri kali ni nak cite sikit je. Aku nak inform korang yang tiket final boleh beli secara online. Kepada sesiapa yang belom beli lagi tu boleh la beli secara online. Lagi jimat masa, tak da la nak susah korang habiskan masa nak pergi Stadium Bukit Jalil pulak. Nak kena lari dari tempat kerja lagi. MENYUSAHKAN..!!! Okey la. Malas nak cite panjang. Korang klik je kat sini tiket. Pandai-pandai la erk. Ingat.!! korang kena guna akaun kalau nak beli.
......السلام عليکم

Tuesday, December 21, 2010

Tarikh dan tempat membeli tiket final AFF SUZUKI 2010

Dengan nam Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Salam 1 Malaysia. dalam entri sebelum ni ada la beberapa insan tanya aku kat mana nak beli tiket final ni. Entri kali aku nak story la kat korang seberapa banyak info yang aku tau.

Monday, December 20, 2010

Harimau Malaya Sudah Bersedia

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. korang ape cer..? dah sedia ke nak tengok final dekat Bukit Jalil ni..? aku memang tak boleh sabor dah. Tapi kena tunggu gak la hari yang dinanti-nantikan menjelang tiba. Excited dowh..!! Korang tau tak kenapa masa Malaysia lawan kat Hanoi semalam semua skuad kebangsaan kita pakai baju lengan panjang. Jawapanya ialah Vietnam ada 4 musim. tak pecayer tengok gambo ni.

Sunday, December 19, 2010

Tiket Final AFF SUZUKI CUP 2010 Di Bukit Jalil

السلام عليکم. Selamat pagi semua. apa kabo.? Korang sihat ke.? Dah makan.? Tetiba hari ni aku jadi caring plak. Haha. Hari ni aku nak tunjuk dekat korang, dekat pembaca blog ni, dan seluruh warga dunia, tiket AFF SUZUKI 2010.

Thursday, December 16, 2010

juara AFF SUZUKI 2008 ditumpaskan Harimau Malaya

tahniah buat pemain-pemain Malaysia yang tidak mengecewakan lebih 28 juta penyokong yang menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Bukit Jalil dan di RTM2.. Vietnam tumpas 2 gol berbalas 0 pada aksi separuh akhir Piala AFF SUZUKI 2010 semalam.. sama-sama kita menyokong pasukan kebangsaan yang akan berentap di tempat lawan sabtu ini..

Thursday, December 9, 2010

islamic facebook from ustaz kazim

السلام عليکم.... ya kawan-kawan.. sahabat-sahabat, dan sekutu denganya... hari ni ana nak tanya korang semua.. korang ada facebook macam ana tak...?!!?? wah..!! berbahasa arab plak aku ni.. apa pendapat korang pasal mukabuku ni..??? best ke..??? tapi ana nak tanya korang... apa pendapat korang kalau kita wujudkan facebook islam...???

Monday, December 6, 2010

malaysia dalam game

السلام عليکم.. yo ghabba ghabba.. hahaha.. aku nak tanya korang ni.. penah tak korang jumpa Malaysia dalam mana-mana game..??!! tak penah kan.. tapi sape yang dah penah main PES mesti dah tak kisah semua tu.. tapi aku nak tunjuk la kat korang yang kita ni dah maju.. Malaysia dah wujud dalam game.. nak tgok..?? jom tgok gambo yang kat bawah ni...




cantik tak..?? 




ni jersey home dan away.. skali dengan jersey keeper.. sama tuhh...





        
                              memang hebat la.. sama tuhh.. Shukor Adan..











ni yang lama sikit.. taon 2009.. masa ni aku dah stop main FIFA.. aku main PES plak.. Malaysia dah maju tapi satu je yang tak best.. game ni edit jew.. tapi tahniah la kepada yang berjaya edit ni.. bukan senang nak edit game.. ingat macam edit gambo ke.. tahniah Razor.. klau korang nak search je kat google... tak pon kat sini jew.. korang klik jew kat link ni download pes edit ..... selamat mencuba..



Saturday, December 4, 2010

benda yang tak kan korang jumpa..

salam 1 MALAYSIA.. slamat pagi korang... amacam..?? sihat..?? klau tak sihat pegi jmpa Dr.. jmpa la Dr yg spatot nye erk.. jgn la jmpa Dr Rozmey plak.. kalau ada masalah badan tak pela.. hahahaha... ari ni aku nk tunjuk kt korang sesuatu yang x kan korang jmpa katr tmpat len... jom tgok... jeng jeng jeng...



haha... amacam.. comey x..?? hahaha... dari dulu g aku tringin nak tgok muke sultan kita yg firts.. hahaha... nila dia yg sbenor...

ni gmbo yg kdua.. yg ni mmg kompem korang x kan jmpa.. haha... aku dh sign up... tggu korang je lg... jom kita gna fesbuk orang melayu.. wlaupon aku aku bkn org klate tp sign je.. hahaha...


ni la fesbuk loghat klate.. demo bleh daftor klau demo nak...
jom komen :-)

Sunday, November 28, 2010

upin ipin bukan cartoon...

hai kawn... yo ghabba ghabba.. hahaha.. macam budak2 plak... hari ni aku nak cite kat korang pasal katun.. korang mesti suke tgok katon kan..?? jangan nk tipu la.. masa kecik2 dulu korang suke sangat tgok HI-5.. haha... ni aku nak tunjuk kat korang gambo katon  malaysia yang paling popular.. upin ipin... selalu korang tgok dlm tv tu katun je kan.. haaa.. kali nni aku nak tunjuk yang real punya..








amacam..??? real x..?? haha.. tu la korang.. jangan nk tipu budak2 dengan mascot upin ipin.. tunjuk yang real.. jom komen plak.. :-)

Monday, November 1, 2010

Perdana Menteri sakit..???

hai semua... salam 1 Malaysia.. semalam baru je selesai Pertandingan Futsal Parlimen Bagan Serai.. tahniah kepada Chakfanik FC yg menjadi johan.. YB Khairy Jamaluddin turun padang merasmikan upacara penutup..  tapi bukan psal ni yang aku nak crite tp psal PM kita.. beliau mmg seorang yang bertanggungjawab.. semua majlis beliau hadir sampai menyusahkan diri sendiri..
(petikan BH)

Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar. 

Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada BERNAMA menyatakan Najib mula berasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.
“Setibanya di Subang (Selangor) hari ini (semalam), beliau menunjukkan ada tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik,” katanya.
Katanya, doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

“Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.

WTC angkara Bush..

hai semua.. salam 1 mlaysia.. ni lg satu yg aku nak kongsi dgan korang.. sikap seorang sebelum ni kita selalu dengar pasal WTC yg runtuh akibat hempasan sebuah kapal terbang.. lagi sedih bila diorang kata semua ni angkara orang islam.. tapi semua tu telah terbukti yang kejadian tu bukan angkara umat islam tetapi angkara P.M diorang sendiri GEORGE W.Bush.. BUSH bakal ditemuramah Oprah.. ni yg aku copypaste dari Berita Harian..

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush mendedahkan dalam satu memoir bagaimana beliau memberi arahan menembak jatuh pesawat pada 11 September 2001.
Katanya, beliau pada mulanya menganggap satu daripada pesawat dirampas, iaitu penerbangan 93 United Airlines yang terhempas di Pennsylvania, ditembak mengikut arahannya.
Sebahagian daripada memoir yang bertajuk Decision Points, dibocorkan kepada laman web Drudge Report dan beliau bercadang ditemuramah Oprah Winfrey pada 9 November ini untuk mempromosi memoir ‘amat peribadinya’ itu.

Dalam satu bahagian mengenai penyelidikan sel tunjang, beliau mendedahkan bagaimana dirinya menerima satu surat ‘menyedihkan’ daripada Nancy Reagan, namun pada akhirnya berasa “bertanggungjawab untuk menyuarakan keyakinan prokehidupan dan mengetuai negara ke arah apa yang digelar Pope John Paul II budaya kehidupan.”

Beliau berkata Pope, ketika satu pertemuan pada 2001, memintanya menyokong kehidupan dalam semua bentuk.

Penerbitan itu dikatakan bersifat peribadi dari segi cara tulisannya. Bush berhenti minum alkohol pada usia 40-an dan buku itu dibuka dengan kata-kata: “Ia adalah soalan mudah. Bolehkah anda ingat hari terakhir anda berhenti minum?”
Beliau juga dilaporkan amat sedikit mengkritik dan mengelak daripada menyerang penggantinya, Presiden Barack Obama.

Satu sumber rapat kepada bekas presiden itu memberitahu Drudge Report: “Anda akan mendapati kehidupan kukuh, penuh kecintaan presiden dan pada akhirnya menerima dengan tenang keputusan yang dibuatnya.” – Agensi

Friday, October 22, 2010

blogger yang di siasat polis.. awas..!!!

hai sedara sekalian.. hari ni kita jumpa lagi.. kat sini aku nak cakap kat korang smua.. hati2 la bile nak buat post tu.. nanti tak psal-psal plak korang kena siasat dgan polis.. jangan korang nak fitnah-fitnah orang.. tak da guna pon smua tu.. buat tmbah dosa je.. dah jd mcm habit plak fitnah-fitnah orang kat Malaysia ni.. sampai kat blog pon nak fitnah jgak.. mencari padah btol.. so, klau x nak menimpa nasib malang.. korang baca la entry ni.. follow me..

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta polis sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes yang membabitkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

Beliau berkata, laporan siasatan kesemua kes itu juga sudah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut."Jadi kita nak menekankan bahawa kerja-kerja siasatan dan susulan, beres di peringkat polis dan SKMM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Rais berkata, kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan. 

Katanya, beliau turut bersetuju dan menyokong pandangan umum supaya penguatkuasaan undang-undang diperketatkan dan mereka yang bersalah dikenakan hukuman tegas. 

Berhubung desakan perwakilan UMNO yang mahu kerajaan bertegas dengan golongan yang sengaja menyebarkan berita palsu dan menggugat keharmonian di kalangan rakyat menerusi internet, Dr Rais berkata jawatankuasa bersepadu antara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Peguam Negara, dan Kementerian Dalam Negeri bersetuju supaya tindakan tegas diambil dalam perkara itu. 

"Memang alam maya ini bunyinya alam maya, tetapi undang-undang negara mesti dipatuhi," katanya. 
Beliau turut memaklumkan bahawa 140 pejabat penerangan daerah di seluruh negara sedang dinaik taraf dan dilengkapi dengan internet bagi kemudahan pengunjung setempat. 

Katanya, bagi menggalakkan penghayatan gagasan 1Malaysia di kalangan rakyat, syarikat penerbitan drama khususnya televisyen digalakkan untuk menghasilkan drama bermutu bertemakan perpaduan kaum selain mengetengahkan drama dari Sabah dan Sarawak. - BERNAMA 

Sunday, October 17, 2010

penyanyi dakwa diperkosa ulama....???

                                                    
sebelom ni kiat selalu dengor pasal video lucah Ariel je.. tp tak sngka plak da jgk ulama yg snggup buat mcm ni.. cerita ni btol ke tak.. crita msih meragukan tp kita ikot je perkembangan crita ni.. jd kan pengajaran dlm hidop kita... (komen plez n be my follower..)
JAKARTA: Selepas video lucah didakwa membabitkan tiga penghibur popular mengejutkan rakyat Indonesia, seorang ulama terkenal negara itu pula menjadi tumpuan kerana didakwa merogol seorang penyanyi. 

Minggu lalu, penyanyi Aida Saskia, 25, menuduh ulama Zainuddin MZ merogolnya, namun pemimpin agama itu menafikan tuduhan terbabit, lapor tempointeraktif.

Aida mendakwa, insiden merogol itu berlaku di sebuah vila di Bogor, Jawa Barat, ketika dia berusia 16 tahun.
Peguam Aida, Alamsyah Hanafiah berkata Aida kecewa dengan ucapan Zainuddin mengenai video lucah membabitkan Nazril Irham atau Ariel ‘Peterporn’, Cut Tari dan Luna Maya tersebar secara meluas. 




    
“Dia memutuskan untuk mendedahkan salah laku (dirinya dan Zainuddin) yang amat memalukan,” kata Alamsyah. Zainuddin merancang mengadakan sidang media menjawab tuduhan itu kelmarin namun membatalkannya. 

Dalam pada itu, Habib Mahdi, seorang ulama yang dekat dengan Zainuddin ketika dihubungi detikhot menerusi telefon kelmarin berkata, Zainuddin, 59, mengakui dirinya tidak sakit hati dan bersedia memaafkan Aida dengan bersyarat. 



       

“Kata Zainuddin, andainya Aida sudah tidak marah dan menarik balik tuduhan itu, dia akan maafkan Aida demi umat,” kata Habib. 
Mahdi juga juga merancang menemukan wanita yang mempunyai kerjaya sebagai penyanyi dangdut itu dengan Zainuddin. Sebagai ulama yang menjadi orang tengah antara Aida dan Zainuddin, Mahdi merasa bertanggungjawab mendamaikan mereka. 

Kata Mahdi, ketika ini Zainuddin sibuk berdakwah dan tidak sempat bertemu Aida. Kiyai yang memegang jawatan ketua umum Parti Bintang Reformasi itu membatalkan sidang medianya kelmarin atas sebab tidak diketahui. 

Dalam perkembangan lain, Alamsyah berkata, anak guamnya pernah sekali melakukan hubungan seksual dengan Zainuddin. 

“Aida bercerita kepada saya bahawa dia pernah diperkosa sekali. Hanya sekali,” kata Alamsyah ketika ditemui di pejabatnya Khamis lalu. 
Jika dalam tempoh dua minggu tuntutan Aida tidak dijawab, perkara ini akan dibawa ke muka pengadilan. 

Mengenai sikap Zainuddin yang menyangkal dan tidak mengakui perbuatan tidak senonoh terhadap Aida, Alamsyah mencabar Zainuddin membuat laporan polis jika merasa namanya dicemarkan Aida. 

Sementara itu, artis dan pengacara Dorce Gamalama mengakui sangat mengenali Zainuddin dan tidak yakin ulama itu merogol Aida. – Agensi 

Wednesday, October 6, 2010

new born

-salam- hai smua... ak bru lg dlm creat blog ni... ak pon msih blajar lg dr member.. so, klau bleh sape2 tlg ak yerk... kat sini ak nak cite psl geng ak@kwn2 baik ak dan ak pon main tulis je apa yg ak pikir... hahaha... sjak da internet kat rumah ak ni... ak slalu sngat tido lmbat... so, dr ak tros tido lmbat tiap2 hari lbeh baik ak gna masa tu dgn bnda bpaedah skit... bg ak creat blog ni agak bpaedah gk la.. haha..

sapa2 yg knal ak bleh la add kat facebook......http://www.facebook.com/apiez12...... 
ni jela yg ak mmpu tulis buat first time ni.. haha... nnt klau ak da apa2 history best ak tulis la kat sini..